26 November 2012

Maaf , saya lemah tanpa awak

  
Dalam hidup ini
siapa yang tidak ingin hidup senang?
siapa yang tidak ingin merasa bahagia?
siapa yang tidak ingin merasa diri dicinta?
memilih jalan hidup yang plastik dan palsu
bukanlah satu kepuasan dalam hidup
tapi ia sekadar menutup ketidak sempurnaan
yang hakikatnya adalah kebenaran diri kita

Selalu sangat menjadi persoalan buat kita
apabila memandang sekeliling hidupan
yang luarannya tampak sempurna
hakikatnya di sebalik penuh dengan
cerita luka yang tragis

awak,
pandang tepat ke mata itu
dia begitu lemah sekarang
senyum yang diukir cuma paksa
awak tolong manusia beku ini
tolong
tolong
tolong ajar dia untuk senyum ikhlas
dia begitu lemah tanpa awak
='(

awak,
dia tahu betapa dia sayangkan awak
dia tahu betapa dia cintakan awak
dia tahu betapa dia mahukan awak
dia tahu betapa dia rindukan awak
dia jelas tentang apa yang dia rasa
dan dia rasa layak

awak,
dia sandar dikatil dan pandang kosong ke dinding
telefon sentiasa ditangan kiri
tangan kanan menyekat airmata yang tak berhenti membasahi
kepala dia pusing dan tak mampu berdiri
ponteng kerja jalan yang dia pilih sendiri
betapa dia begitu lemah tanpa awak disisi
maaf cuma untuk kali ini
dia tak mahu ulangi lagi
tolong doakan dia kuat kembali

awak,awak sendiri tahu dia kesunyian
awak sendiri tahu dia kesepian
awak sendiri tahu dia keseorangan
awak sendiri tahu dia hanya ada awak
dia masih tunggu awak
ya awak!





dia manusia yang penuh dengan gelak tawa 
  disebalik itu dia lelah dengan airmata
>,<



tiada perkara gembira yang belaku hari ini

termasuk lelaki yang curi2 menyambut hatinya

ahh tiada apa yang istimewa
semuanya melemahkan
lemah.lemah.lemah



#benda paling sukar adalah memahami diri sendiri ='(



30 October 2012

saya ada.. awak ada?

Terima Kasih kepada semua Kawan-Kawan, Bos , Lecturer , Adik-adik , Makcik , Pakcik ,Kakak ,Cousin yang mengucapkan & mendoakan hari kelahiran saya yang ke-22 semalam,ada yang wish di
BBM , TWITTER , FACEBOOK , WHATSAPP , MESSAGE . Hidup macam seorang artis sekejap.HAHA..Macam-macam ucapan korang yang membuatkan saya tersenyum sorang-sorang bagai orang kurang siuman. :)

saya juga ingin mohon maaf kepada TIMELINE yang tak sempat saya reply. Apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih. 




Tak sangka saya dapat kek dari yang tersayang 
Ahmad Aizat Mohamad Puzi.
bukan setakat kek chocolate indulgence jer tau...dapat jam sekali ok..


love u so much dear!!...tiap saat hati rin hanya untuk b muahh ^_^


Pada Abang saya juga Khairul Ariffin b Sabri, Tak sangka berminggu abang bertukang kat belakang rumah , tengah panas & berhujan, hanya kerana nak buat cage besar untuk pets saya cici (Sugar Glider)..hahaha...
sumpah saya sangat-sangat terharu dan terkejut apabila buka pintu depan rumah nampak semua nih .


 Terima Kasih Banyak-banyak abang :')

*saya mendoakan kesejahteraan hidup anda semua.. AMIN




29 October 2012

TERIMA KASIH BONDA KERANA MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN SAYA



Dari gelombang kasih
bayangan 
KASIH YANG MAHA PENGASIH 
bernama 
Sabri Mat Salleh 
dan
Noriah Razali



terbenih dan terzahir 
satu
tanda
titik kecil
atas dinding rahim mu
untuk tumbuh subur
dalam bumi asal
bernama  
NORIAH RAZALI

.




Kata-kata
adalah terlalu murah dan dangkal
untuk menggantikan segala 
pengorbanan 
BONDA
mengandung
melahir
menyusu
menjaga
membelai
membimbing
mendidik
membentuk
mengajar
mendoa
menanam kasih sayang
 untuk 

yang bernama
AZRIN SABRI


Terima kasih tidak terhingga buat kawan-kawan,kakak-kakak,adik-adik,lecturer,capital A 
atas segala ingatan, ucapan dan doa hari kelahiran.


:')


28 September 2012

Hell of The World


Assalamualaikum..

hye hoi hui..

hari makin hari macam-macam hal jadi kan? yup, mungkin aku terlalu banyak masa terbuang sekarang (sangat banyak) sampai fikir benda yang sepatutnya tak perlu difikirkan lagi. segala macam hal, segala masalah celaka derita dunia kadang-kadang buat kita terfikir "kejamnya dunia ni". kita mengeluh panjang, mengeluh tak berhenti macam masalah-masalah tu semua memaksa kita untuk mati.


dengan segala macam masalah yang datang, kita akan selalu tertanya-tanya pada diri sendiri, pada tuhan, "kenapa aku", "kenapa aku, bukan orang lain". kita mengeluh panjang lagi. aku sendiri sampai satu tahap pernah begini, tertanya-tanya kenapa aku. dan kemudian, seseorang sedarkan dan berkata "kau fikir kenapa kau, orang lain fikir kenapa mereka, setiap orang ada masalah peribadi, jadi berhenti merungut". ya, sumpah masa tu aku terdiam.

setiap perkara yang jadi mesti ada sebab kan? mesti ada hikmah. cuma bergantung pada kita la nak nampak hikmah tu atau tak. dan hakikat sebenarnya adalah, dunia tak pernah kejam. manusia yang buat dunia ni tampak kejam.kadang-kala buat kita rasa sangat letih, sangat penat mahu hadap tahi yang sama setiap hari.


dan kemudian aku terfikir lagi, ini hidup kita, jadi kita yang akan tentukan apa yang kita mahu rasa. jadi, abaikan segala perkara duka derita itu, ya, hati kau sakit di dalam, sakit yang teramat, tapi ada siapa kisah? tidak kan? jadi berhenti bersedih dan senyum. yup, memang susah nak senyum waktu sedih, tapi itu dah jadi benda normal sekarang. aku percaya, berapa ramai manusia di muka bumi ni yang palsukan senyum sengih mereka untuk menutup sedih dalam hati. :)


kita tak tahu bila ajal akan datang, entah esok entah sebentar lagi. we never know. jadi sudahlah, berhenti bersedih, berhenti merungut dengan kekejaman dunia. sementara bernafas, mari jadi orang yang paling gembira. itu angan-angan aku sekarang, mahu jadi orang yang gembira semula. insya-Allah. :)

setiap orang ada fasa turun naiknya dalam hidup kan? kita tak tahu bila fasa turun naik kita. dan bila tiba masanya fasa naik di mana rasa bahagia, rasa gembira tiap masa, hargai la keadaan tersebut, masa tersebut, sebab nescaya, rasa itu tak akan kekal lama. hargai apa yang anda ada masa itu supaya anda dapat pertahankannya. dan jika tiba masa fasa turun di mana anda terluka, sedih, derita, jangan putus asa, teruskan hidup walaupun susah. dari situ juga kita akan dapat membentuk kematangan kita, cara kita berfikir, cara menghadap dunia. tak salah bersedih, tak salah, cuma kena lah dengan jangka waktunya. tak usah terlalu lama. :)




jadi, mari senyum dan jadi orang paling gembira.



I NEED SOME SPACE TO BREATH!!!


Ya Allah...
Kenapa aku tak tenang??? berserabutnya kepala....
Tension + Headache + Sad + Down + Scared + Frustrated + Lonely... 
aishhhhh... hormon yang sungguh tidak stabil!!!


Bila kita rasa semua yang kat atas tu..rasa nak nangis pon ada... rasa nak lari jauhhhhhhhhh dari dunia ni pon ada... rasa nak mati pon ada... semua ada!!!
I know that I am not Perfect... Bukan baik sangat macam bidadari... but i know who am I???


Apa aku nak buat nih??? kenapa aku rasa macam nih? normal ke apa yang aku rasa nih atau nih semua bisikan syaitan yang mmg kerjanya nak menyesatkan umat Nabi... Ya Allah aku merayu padamu...Kau berikan lah aku petunjuk. Lindungi lah aku dari segala perkara yang tidak elok dan kau restuilah perjalanan hidup ku ini.


Cukuplah + - setahun aku diuji dengan bermacam2 ujian... Aku tak mampu lagi diuji. Sesungguhnya aku memang lemah... lemah untuk mengharungi segala ujianmu Ya Allah...
Sekarang baru aku tahu... hidup memang umpama roda.. dulu..aku tak pernah rasa down macam nih.. aku seorang yg sangat bersemangat untuk hidup... Aku seorang yang bahagia dengan kehidupanku.. tapi kini??? haishhhhhhh... aku diuji... baru aku sedar... sekejap jek Tuhan nak tarik balik segala apa yang dipinjamkan kepada kita... harta benda, kebahagiaan, kerjaya atau nyawa sekalipon... dengan kehendaknya sekelip mata segala boleh berubah.
Nauzubillahhhhhh... 



28 June 2012

Happy Anniversary SAYANG!!!



p/s: entri jiwang karat, taknak muntah hijau tak payah baca :)



29 JUNE 2011. Tak sangka setahun dah berlalu. how time flies o.O Means dah setahun aku bersama si dia. happy anniversary to my twinkle of my eye and the person who i love from the bottom of my heart!, Ahmad Aizat Mohamad Puzi. you've been an awesome boyfriend, guide, support system and ofcos my bestfriend ever. A zillion thanks for being there for me! my love for you will never cease and for sure you'll owez be the one for me! After all, you'll share all you have with me rite? tehee ^^ *mood: OH MY ENGLISH!!* :) 


Soo eksaited nak wat entri ni sampai terawal sehari. hehe. tape je kan? i make this entry special for you. this is our memories sayang. terlalu banyak kenangan sampai tatau nak citer per. hikhik.. maybe nebes kot. *nebes la sangattt ^^. awak, saya pasang lagu jiwang tau nak tulis entri ni. yupp.! mood: what are words :') kita tak cam kapel laen yang tiap tiap hari jumpa. kita tak cam dorang, kita sederhana jauh! jumpa seminggu sekali jer.. tapi saya dah biasa awak pun sama kan? "distance never seperates two hearts dat really care". im trust you. dats it. sebab tu kita kekal sampai sekarang. Saya tak marah dengan sapa awak berkawan, saya tak control hidup awak im an easygoing person. kalau orang lain mesti merajok spuloh hari spuloh malam bila bf dorang kuar lepak ngan kawan kawan pompuan.#juz cemburu cikit jer.. tapii saya tak kisah sebab tu kawan awak but im your lover. kalau merajok pun, saya merajok tak lama kan? dua jam dah ok balik. hehe.


saya happy tengok ramai kawan kawan yang olredi engaged, ke jinjang pelamin pun sudah. awak tanya saya bila nak bertunang? tipu la kalu hati saya tak terdetik langsung kan? siyes saya jeles ngan dorang. but im not ready yet. a lot of commitment bila kita melangkah ke dunia tu. saya dah bahagia camni. tunggu saya betul-betul sedia dulu, balas jasa mak ayah baru pikir pasal ni. awak the only one anak lelaki lam family awak. awak dah banyak tanggungjawab. family are more important than me. pasal saya awak tolak ke tepi dulu. ada jodoh tak kemana jugak kan? saya harap saya la tulang rusuk kiri awak. :'( . saya boleh tunggu dua tiga tahun lagi. hehe. dua jam nak kawin pun boleh tunang lagi. satu hari dapat dua cincin, how cool is dat kan sayang?


kita memang sehati sejiwa. tapii bab makan kita memang tak sehaluan. tehhee^^. pe yang awak suka makan sumer saya suka tapi pe yang saya suka awak tak suka. awak terlalu pelik bab makan nih,awak tak makan daging,tak makan ikan,tak makan durian.. kalau makan alamatnya menangis la kan? hehe. awak tahu sumer fevret food saya. awak, saya tak suka makan sayur, pasni jangan paksa kita makan sayur lagi tau,but Baskin Robbins sure saya boleh makan! and setiap kali kuar makan, mesti saya makan tak habis and awak mesti tolong habiskan. hehe.

awak, thanx tau sebab awak sentiasa ada dengan saya. tyme saya hepi, sedih, takut etc. awak tempat saya luahkan sumer problem saya. saya terjage dari tidur tengah malam buta pun stil bagitau kat awak. #melampaugiler. And awak tak penah jemu tak penah bosan dengan saya. saya cepat melenting, selalu sakitkan hati awak. sory tau! nanti saya belanja movie nak? ^_^. and sebab awak jugak saya bersemangat nak cari kerja and make my parents proud wif me. saya selalu g interview tapi gagal, awak bagi semangat kat saya not to easily give up.. thanx awak!




awak suka nyanyi depan saya. lam kete, awak tak bagi saya pasang lagu kuat kuat sebab nanti tak dengar sore awak yang 'sedappp' giler tu kan? hehe. awak, ingat tak lagi our first song? kalau tak ingat, konpem awak dah tua! huu. kita minat lagu yang sama kan sayang? O.o

k la awak, saya dah penat taip entri panjang-panjang. #kidding ^^. hope we will last forever. love u always Sayang. :'). and again, happy 1st anniversary.!


adiOs amigos!~




19 May 2012

CINTA, SUKA, SAYANG, MINAT !


            Opocot.. Sapa pi letak batu dekat keyboard chik ni ! Adehhhh.. tergeliat idung chik ! Haha.. Nampak benor nipunyer, mana boleh jari yang tersadung batu, hidung pulak tergeliat ! Ehh.. Boleh woo ! Di dunia sengal ni semua pasti boleh ! hehe..


            Ehemmm.. Testing suara jap ! Elloooo ! Haaa.. Pagi pagi cenggini kan, chik nak share satu benda jiwang jiwang sikit. Hopefully korang turut sama mulai menanam taman di dalam hati okeh kerna dikhuatiri jika tiada taman, masakan kumbang nan sekor tu terlepas? Erkkk .. Ahhh, abaikan fatamorgana tersebut sebab chik nak share kan makna SUKA, MINAT, SAYANG dan CINTA . Eh, apsal tiba tiba lagu jiwang kedengaran ni. Haha.


             Bagi mereka yang dok tangkap leleh, tangkap lentok, tangkap rama rama, tangkap semut dan juga tak dilupakan duk buat origami tu kan. Conform la tau kan semua benda ni, tapi tau tak yang ia amat berbeza woo.. Hehe.. Dengan sumber dari SINI , aku mempersembahkan makna makna depa ni.. Layannn !




  • Cinta 
    •  Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
      (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

  • Sayang 
    •  Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. 
      (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

  • Suka 
    •  Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…
      (dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya gusi atau rahang kita dah nak pecah…)

  • Minat 
    •  Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan )




          Well well west, kesimpulan dia  mudah je, ekceli kan, hasil combination dari semua benda kat atas tu yang memeriahkan kisah cinta seseorang. Hehe.. Ditambah pulak dengan gaduh gaduh dan krisis serta genjatan senjata, ia buatkan CINTA itu lebih bermakna dan terkesan dalam hati ! So.. Akhir kata dari chik yang nak ready gi amik anak buah chik balik sekolah ni, kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya yang terbaik untuk kita ! Chow sin chi !!!