27 January 2012

nostalgia war game ! kombat zaman budak-budak

salam semua..
dah banyak hari chik tak buat entri nih.. tuan punya badan tetap bersemangat, cuma memori dan ingatan dok berterabur..almaklumlah,nak cerita pasal nostalgia, dah tentu kena cari dan selongkar balik memori yang tersimpan..ibarat nak carik kotak yang dah 30 tahun tersimpan dalam stor,dah tentu ambil masa kan..


teringat zaman kecik-kecik dulu..sebelum adanya 'paintball' marker,dengan pengaruh cerita dan filem kombat zaman perang dunia ke-2,maka dengan kreatifnya....timbulah senjata-senjata yang digunakan untuk beraksi..



senjata -senapang kayu

ini lah satu contoh senjata yang paling popular digunakan..tak perlu gunakan 'silencer' dan keberkesanan tembakan agak tinggi untuk mengenai sasaran, sesuai untuk operasi senyap..tapi disebabkan jarak tembakan yang agak dekat,kiteorang takdelah gunakan untuk serang hendap,lagipun kitorang dulu cuma bermain dihalaman rumah,bukan satu kawasan yang cukup besar macam gelanggang paintball.peraturan dipermudahkan,bahagi 2 kumpulan,tetapkan sempadan agar takde yang beraksi kamikaze denagan menceroboh kawasan, dan SERANG!!.... nak bunyi atau tidak..bergantung kepada kederat memasing..bunyi guna mulut.yang bestnya,bunyi machine gun tapi peluru sebiji..




peluru + sayur


suka-suka lah nak guna..biasanya,orang guna terung pipit,tapi disebabkan terung pipit selalu kehabisan akibat dibuat sayur atau risiko "disergah" dengan tuan punya pokok, kitorang gunakan batu..janji boleh buat peluru,tanda-tanda sasaran mengena musuh, terdengar b'bunyi "adoi"....tu pun pasal batu agak keras dan padu..rasa dia pun..humpszz~ paham-paham jelah ..


last but not least,nih la mereka yang menjadi tok guru chik time kecik2, ganas weyh!! =)


ahmeng,aidil,afiq-heh,kombat(geng time kecik2)

10 January 2012

sayang semudah 1 2 3

Assalamualaikum.Hari neyh tak mau lah bebel panjang.Nak cakap sikit jak.Keh2!Korang perasaan tak dengan manusia yang senang sangat ucapkan kata2 sayang neyh.Kadang tuh baru kawan sebulan dua dah terhegeh nak panggil2 sayang,darling,keling lah.Memang gegeh betol kan.Rasa nak ja gwa siku lajulaju.

Terus terang cakap gwa memang cukup menyampah dengan spesies manusia yang macam neyh.Lantak lah orang nak cakap gwa kampung or kuno ka,gwa tak kesah.Janji gwa tak kacau hidup korang kan.

Situasi yang selalu terjadi :

Gatal : hai sayang.Dah lama tak chat kan sayang.
Malu : Huish!Hg neyh,gwa xsuka lu panggil2 gwa syg!
Gatal : Alolo!Tuh pon nk marah.Aku mmg pgl syg dekat suma kwn aku tauu!
Malu : Tak kesah lah,gwa ttp xsuka.
Gatal : Eleh,Tuh pon nak kecoh.Tak sporting langsong!

====Gatal has signed out===

Ngeh2!Tuh contoh yang pernah jadi dekat gwa.Memang gwa tak suka.Nampak mudahnya lu panggil2 gwa sayang segala.Terima kasih ja lah ek,lu simpanlah word sayang tuh untuk manusia lain.Gwa tak suka!

Nampak macam tak special word sayang tuh bila semua orang lu tibai panggil sayang.Lagi satu kalau lu dah kawan dengan gwa lama & sangat rapat takpa lah juga,boleh dimaafkan lah.Tapi neyh baru 2 3 bulan kawan dah gegeh nak panggil2 sayang.Apa barang lu,tak moden langsung.Keh2!

Kesimpulannya,gwa tak suka orang yg xspecial dlm aty neyh panggil sayang.Tapi kalau tulis sayam boleh diterima lagi sebab gwa anggap macam ayam.Keh2!Tapi janganlah panggil sayam semedang,memang mintak terajang lah kan.Keh2!Kalau setakat tulis macam ni [besok aku p keje lah sayam oii] xpa sikit2!Jangan tulis setiap ayat lu letak sayam memang nak mati dah.Keh2!


P/S : Kalau ada yang terpanas hati/tak suka,gwa tak kesah.Masing2 punya pendapat sendiri kan.Kehkehkeh!Gwa menyampah gak yang baru kenal tetiba minta kapel & meluahkan perasaan.Puihh!!Geli bai!

03 January 2012

Orang Hodoh Oi!!, Please Stay Away From Me!!

Assalammualaikum.
Korang pernah tak dengar ayat macam ni?Aku tak nak kahwin or kawan dengan kau sebab kau hodoh!Hodoh mengalahkan pintu jamban rumah aku.Jadi untuk siapa yang hodoh tolong jangan dekati aku.Aku cukup alergik n jijik dengan orang hodoh.Kalau ya korang wajib cekedout entry chik kali neyh.

Contoh golongan tersebut :
- orang yang rasa muka dorang cantik/hensem bak bidadari
- orang yang perasan dia paling cun/hensem di muka bumi ni *alien pon kalah*
- orang yang bajet hot + diva

Nasihat chik kalau korang bakal/pernah/sedang mengalami korang cakap ja Alhamdulillah.Pendapat chik dekat orang macam ni senang jak.

Bagi chik golongan neyh memang tak kan layan orang hodoh.Bagi dorang orang hodoh neyh sesuai dengan orang hodoh ja.Kiranya kalau berpasangan dengan dorang bagai kain buruk dengan sutera lah kan.Puihhh!Blah la wei.Kau ingat dengan muka cantik neyh boleh bawak sampai ke mati ka??Kau ingat dengan muka cun melecun boleh bagi bahagia??Kau ingat dengan muka hensem boleh buat duit??*oke yang neyh boleh sebab kot jadi model*Nyah la kau dengan alasan bodoh.

 wahai cantik2 dan hensem2 sekalian,sekalipun kau nak kahwin dengan orang sama taraf dengan kau kahwin lah.Lantak kau lah!Kahwin bukan KAWAN.TAPI jangan kau hina orang yang hodoh!Apa kau ingat dengan kecantikan/kehenseman kau tuh belum tentu kau mulia disisi Allah.Ya kau mungkin mulia,disanjung di dunia ni,tapi kau ingat di akhirat bukan kecantikan/kehenseman yang jadi ukuran.

Lagi satu kau jangan bangga sangat lah dengan nikmat yang Allah bagi dekat kau tuh!Sebab dalam satu saat ja Allah boleh tarik nikmat tuh.Kau jalan2 tetiba jatuh longkang muka tertoreh besi,dah tak cun muka kau.Jadilah kau sebahagian dari hodoh2 yang kau hina caci dulu.Hanya satu ucapan dari chik P-A-D-A-N M-U-K-A!!!

Ya!Memang semua orang kalau boleh nak kahwin dengan orang cun/hensem.Tak payah nak nafikan.Ada ka orang cakap bila besar nanti aku nak kahwin dengan orang hodoh.Paling2 pon orang akan cakap saya tak kisah rupa janji hati baik.Tapi adakah rupa yang tak kisah tuh dalam hati kata rupa macam alien pon takpa.Takda kan.Chik pon sama nak yang hensem.Tapi beragak lah wei.Kalau taknak sekalipun jangan kau hina orang hodoh.

Kesimpulannya,jangan kita hina orang hodoh.Mungkin dia hodoh di sisi manusia tapi di sisi Allah dia cun/hensem.Ya!Tak dinafikan semua orang nak kalau boleh orang segak,tapi biar hati kita ja lah yang tau.Untuk yang hensem/cun bersyukur lah,untuk yang hodoh jangan sedih dan kuatkan hati andai pernah dilemparkan kat2 diatas kerana Allah dah cakap [Aku ciptakan manusia adalah sebaik2 & seindah2 makhluk di muka bumi ini] .Jadi bersyukur kerana korang bukan tenuk,gorilla mahupun anai2. 


P/S :Masa jahiliah chik dulu,asal chik suka mesti muka hensem,tp sekarang tak lagi sbb chik kenal ramai orang tak hensem tapi hati baik!Baru chik faham kenapa pengantin pasangannya tak sehensem/secantik dirinya :gitar