29 December 2011

MENILAI ORANG


Lumrah kehidupan manusia tipikal untuk menilai seseorang
 tanpa betul2 mengetahui cerita sebenar

"DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER"
memang memberi makna yang dalam dulunya,
tapi bukan sekarang.

Ramai yang menggunakan ungkapan itu sekadar 
untuk nampak berilmu 'kotnonnya'
Ramai yang tahu makna pepatah tu secara teori,
tapi tak faham atau tak pernah nak faham mesej yang dibawa.
Tahu Teori Tapi Tak Pass Praktikal.

chik bagi contoh lain
tengok jela budak-budak sekarang.
Especially budak sekolah yang dah nak PMR SPM tu,
bagi la soalan apa pun berkaitan dengan tajuk dalam buku teks ,
Semua terer je jawab ,yang tu teori boleh la.

Try tunjuk pulak berapa ramai yang 
Mempraktikan
apa yang dia tahu tu?
contoh paling senang pakai tudung dengan mencarut dalam perbualan seharian

Tahu dosa ,tapi buat jugak
Boleh kira berapa kali korang sebut ALLAH?
Berapa kali korang selawat keatas Rasul
Then bandingkan berapa kali korang mencarut 1hari?

itu yang chik maksudkan dengan
"tahu teori tapi fail praktikal!"

okey balik pada tajuk
menilai seseorang tanpa mengetahui situasi sebenar 
jangan la cakap tak pernah buat centu,
sekali dua mesti ada punya member2 open table
carite pasal "budak ni" or "budak tu"

Cerita yang dia tu teruk la,tak boleh pakai bla3 kan.
korang plak tak kenal budak yang dia cerita
so apa member kau cerita kau percaya je.
Tak rasa kau BODOH macam tu ?.. -.-

Kalau layankan je tu takpe la 
nak jaga hati member punye pasal
tapi tak payah la percaya sangat
sampai timbul macam perasaan racist
pada mangsa yang dicerita tu.

Entah2 member korang tengah sakit hati dengan budak tu ke,
entah2 member korang pun tak tahu apa cerita sebenar,
dia pun dengar2 orang cerita jer -.-'

lagi sekali chik bagi contoh :

SENARIO A :

MR A: kau nampak orang tua yang muke parut macam sial tu ?
MR B: Nampak pehal?
MR A: Dia tu muka dah la buruk,jalan lembab terketaq2 aku rasa dah banyak dadah dlm badan dia tu
MR B: Aku pun rasa macam tu gak serabut aku tengok orang tua tu.

 situasi sebenar :
pakcik yang mereka katakan sebenarnya adalah bekas perjuang kemerdekaan,muka dia berparut masa berlawan dengan tentera jepun untuk mempertahankan negara,mempertahankan bangsa.Supaya anak2 yang bakal lahir tidak dijajah,tidak dijadikan kuli,tidak dipijak.


SENARIO B :
PELAJAR 1 :Aku menyampah gila la sial dangan 'mamat' nih . Dah la busuk!datang sekolah baju tak reti nak gosok.entah basuh baju entah tidak.Macam mana la mak bapak dia bela dia nih.Entah2 budak ni anak haram.dah la datang sekolah pun tido jer! -.-

situasi sebenar :
mamat yang dia cakap tu sebenarnya anak sulung dalam keluarga.ayah dah lama meninggal,mak dia sedang sakit.Tiap kali habis sekolah dia pergi jalan dari pagi sampai malam dok kutip tin tepi jalan,tepi tong sampah utk pergi jual.Untuk beli makanan adik dengan mak dia.Air,elektrik kena potong dah sebab tak mampu nak bayar bil.
mamat tu yang jaga adik beradik dia. mamat tu yang cari duit untuk adik dia belajar.

Nampak sekarang apa yang chik nak cakap!
Ey come on la jangan racist sangat dengan orang weyh.
kalau SETAKAT HIDUP KAU LAGI SENANG,
lagi mewah,lagi sempurna dari diorang

tak kisahlah diorang
bangsa apa,agama apa.
Jangan la macam tu
kita pandang dari aspek manusia,
kita manusia,dia manusia jugak.
kita sama2 hidup kat dunia ni tolong menolong la.

kalau ye pun korang tahu dia tu jahat
kes gaduh,kes buli,kes samun
jangan la kau pulaukan dia terus.

KAU INGAT DIA NAK KE JADI MACAM TU?
kau ingat dia jadi jahat sebab 
dia dilahirkan memang nak jadi macam tu?

kau ingat orang jahat nak ke dia jadi orang jahat?
orang yang terlanjur yang nak buat macam tu sebenarnya
DAH SALAH BUAT PILIHAN,SALAH PILIH JALAN

so mana korang yang masih berada dijalan yang lurus?
"kotnonnya"
ni punya peranan?tanggungjawab?
jangan tahu mengata orang jer tapi usaha nak bantu bangsa sendiri takde.

jangan dengar cakap2 orang sangat
JANGAN JADI LALANG BOLEH?
lebih elok diri sendiri pergi tanya sendiri
pada tuan badan apa cerita sebenarnya.
jangan serkap jarang je.

ni la melayu sekarang
peribahasa punya belambak
tapi semua cuma tahu sebut,tak tahu amalkan.

Chik kesian tengok orang2 yang ketegori bermasalah 'kononnya' ni
macam takde peluang nak bela diri,takde peluang nak bersuara.

Luahan diorang,suara diorang orang tak ambil peduli,
ORANG TAK AMBIL KISAH
masing2 sibuk dengan hal masing2
semua orang sibuk nak tunjuk kat orang yang masing2  ni orang baik.
sampai macam sekali buat jahat,selamanya jahat.

Orang sekarang sibuk
NAK ORANG LAIN IKUT CAKAP DIA,
TAPI TAK PERNAH NAK MENDENGAR  CAKAP ORANG LAIN.
yelah,sekarang boleh la buat macam tu,
suatu hari nanti terkena kat batang hidung sendiri,
mungkin korang tahu apa rasanya bila dikategori orang yang bermasalah.

Chik pernah berada ditempat tu
SO CHIK TAHU.

menilai seseorang bukan dari segi
luaran,fizikal,pakaian,jenama,aset,tapi
HATI

After all,hati yang menetukan sama ada korang ni jadi bintang atau binatang.
bagi peluang orang bersuara,dengar suara diorang.
baru orang dengar suara kita

SEKADAR BERI PENDAPAT.SORRY KALAU ADA SALAH SILAP DALAM ENTRY NIH. :)






06 December 2011

Lelaki 4 isteri!!

cumel jer cartoon nih 



Tarik nafas dalam dalam.Satu dua tiga hembus!Hah!!!Sekali lagi tarik nafas hembus kuat.1 2 3 Haaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!*macam zaman kanak2 jam bersenam memang camni ja*.Petang ni chik nak kupaskan tentang topik lelaki dan kahwin 4.Kenapa?Sebab semua lelaki suka kahwin 4.Betul tak?Tipu kalau cakap tak suka.Kena pula dapat wife semua cun melecun mesti lagi suka kan.Hakhak!

Lelaki kalau cakap pasal kahwin banyak ja mesti mata bersinar2 ja.Chik tertanya tanya kenapa lelaki suka sangat kahwin banyak.Kenapa wife seorang tak cukup kah?Kenapa mesti 4?Dan bila persoalan ini diajukan kepada insan bergelar lelaki majoritinya memberikan jawapan yang sama.Selepas memberi jawapan dan alasan konklusinya kaum adam ini akan mengatakan jodoh pertemuan di tangan tuhan.Dah tuhan tetap mesti terima.Redha.

Jadi disni chik kemukan antara sebab dan alasan yang selalu meniti di bibir kaum adam apabila soalan mengapa lelaki suka beristeri banyak diajukan.Tetapi harus diingat bukan semua lelaki menjawab begini,hanya sesetangah.Alasan yang dorang bagi kadang2 menyakitkan hati.Antara sebab2nya :

  • Ikut sunnah rasulullah : Yang ni chik nak komen sikit.chik memang menyampah bila lelaki jawab macam ni.Bukannya sebab apa,cuma kau cakap pasal sunnah rasulullah.So, bila kau cakap pasal sunnah maknanya merangkumi semua aspek.Tak kira dari segi agama,harta,perangai dan semuanya.Lelaki bila nak kahwin banyak alasan ni lah paling kuat dan banyak dorang bagi.Lagi satu rasulullah kahwin dengan janda dan niat baginda untuk bantu mereka terutama yang banyak anak.Tapi kau kahwin dengan yang muda cun melecun,niat kau nak tayang sana sini.Tak payah cakap lah niat kau nak melindungi wanita tuh.Dusta semata mata.
  • Saya adil : Maybe kau adil dengan orang lain.Tapi dengan wife takda istilah adil.Mesti ada yang terkurang dan terlebih.Jari pon tak sama panjang kan.Jadi kalau nak kahwin kau mesti siapkan diri,jadi seadil yang boleh.
  • Lelaki nafsu ada 1,tapi macam 9 : Ini chik mengaku.Walaupun lelaki nafsu satu tetapi satu itu seperti ada 99 nafsu.
  • Duit aku cukup banyak : Maybe kau mampu dari segi kewangan.Yang ni tak tau nak komen sangat.
  • Allah benarkan,lagi dalam hukum pon tak salah : Memang Allah benarkan dan takda hukum islam yang cakap kahwin 4 salah.Dalam kahwin cukup pandai cakap bab hukum tapi bab hukum lain kau fail.Hakhak!
  • Nak elakkan maksiat : Statement nih chik sokong.Sebab apa kalau seorang isteri tak benarkan suaminya yang cukup syarat dalam berpoligami dan si suami itu melakukan maksiat,dosa akan ditanggung oleh si isteri itu sama.Kerana si suami boleh berkahwin lebih dari satu dan tujuan berkahwin mengelakkan zina.*yang ni tolong betulkan kalau chik salah,chik ilmu cetek*
Jadi secara konklusinya,lelaki punya pelbagai alasan mengapa mereka berkahwin lebih dari satu.Cuma kepada lelaki kalau nak bagi alasan mengapa kahwin banyak tuh cari lah yang elok2 sikit.Mungkin pada mata lelaki alasan yang diberi hanya perkara remeh,tapi anda kaum adam perlu tahu alasan yang diberi memungkinkan anda mendapat green light dari isteri untuk berpoligami.Memang payah seorang isteri nak bagi green light,tapi at least dia redha dan kurang terluka hatinya dari kau cakap abang kahwin lain sebab sayang dah hodoh,tua kerepot and dan bosan dengan sayang.

Chik tulis benda ni bukan tujuan mengutuk kaum lelaki apatah lagi meghina mereka.Chik menulis sekadar berkongsi pendapat dan pandangan.Kalau kau panas bila baca entry ni,Chik minta maaf.Niat menulis entry ini bukan untuk menaikkan kemarahan sapa2.

P/S : Penat tulis kahwin banyak.Padahal kalau aku guna word poligami lagi senang.Biarlah,malas nak edit dah.Hakhak!

03 December 2011

[FAKTA] 4 Sebab Utama Merokok Itu BAGUS


Assalam.Lama dah tak tulis blog.Entry pon makin lama makin merepek ja kan.Komen pon dah takda sangat.T__T.

Chix dulu selalu kompius kenapa lah perokok2 ni taksub sangat dengan merokok.Dah tuh siap cakap merokok bagus lak.Cari punya cari last2 chix dah tau juga sebab apa lah perokok nih terlalu payah sangat nak bercerai talak tiga dengan rokok.Jom cekedout sebabnya :

Merokok itu BAGUS sebab :
  • Dapat janakan pendapatan terhadap negara - Katakan harga rokok sekotak RM10,RM5 untuk tax dan seorang beli sekotak rokok harga RM10 sehari.RM5(tax) x 365hari = RM1825.Katakan20juta rakyat Malaysia hisap rokok.So, RM 1825 x 20 juta orang = RM36 000 billion. *aku main agak ja ni*.Nampak tak permainannya?Sebab tuh lah kerajaan cuma mampu buat kempen segala benda ja TAPI dorang tak banned rokok.Keh3!

  • Boleh jadi HERO - Sebab korang sanggup mati untuk negara kan.Yalah berkorban sanggup menghadapi segala macam penyakit demi menyumbang kepada ekonomi negara kan.Sanggup bakar duit demi ekonomi negara kan.Bagus lah tuh.Hek3!

  • Lepas mati pon boleh berkhidmat lagi - Sebabnya bila korang mati cepat nanti boleh la badan2 korang tuh disedekahkan untuk student medic kan.Yalah dorang kan kekurangan mayat untuk nak praktis bedah2.Tak pon boleh juga donate organ korang untuk orang yang memerlukan.Tapi yang elok ja lah.Ya dak???Hek3!

  • Menyumbang duit kepada orang - Contohnya bila ramai smokers mati kan dapatlah tambah pendapatan penggali kubur dan seterusnya bagi sedikit sinar kebahagian kepada dorang.Bukan setakat penggali kubur ja tau korang dah bantu tuh tuh pharmacist pon korang bantu gak.Yalah kan before nak mati smokers neyh selalunya sakit dulu boleh lah ambil ubat dekat farmasi disamping menjana pendapatan dorang.Yeahh!Tahniah2!
Konklusinya tuh la kebaikan merokok yang boleh aku buat.Tuh lah pekdahnya yang korang dapat wahai perokok sekalian!Yeahhh!Jadi merokok lah lagi.Banyak gak kebaikan korang boleh bagi kan.Baru sekarang aku paham kenapa korang susah sangat nak bercerai dengan rokok. ^_^


P/S : Tak sangka perokok sanggup terima cacian demi melaksanakan 'sumbangan murni' dorang terhadap negara dan rakyat.Ohhh T-E-R-H-A-R-U.


Thnk sebab baca.Jgn lupa drop komen sekali. =))