06 December 2011

Lelaki 4 isteri!!

cumel jer cartoon nih 



Tarik nafas dalam dalam.Satu dua tiga hembus!Hah!!!Sekali lagi tarik nafas hembus kuat.1 2 3 Haaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!*macam zaman kanak2 jam bersenam memang camni ja*.Petang ni chik nak kupaskan tentang topik lelaki dan kahwin 4.Kenapa?Sebab semua lelaki suka kahwin 4.Betul tak?Tipu kalau cakap tak suka.Kena pula dapat wife semua cun melecun mesti lagi suka kan.Hakhak!

Lelaki kalau cakap pasal kahwin banyak ja mesti mata bersinar2 ja.Chik tertanya tanya kenapa lelaki suka sangat kahwin banyak.Kenapa wife seorang tak cukup kah?Kenapa mesti 4?Dan bila persoalan ini diajukan kepada insan bergelar lelaki majoritinya memberikan jawapan yang sama.Selepas memberi jawapan dan alasan konklusinya kaum adam ini akan mengatakan jodoh pertemuan di tangan tuhan.Dah tuhan tetap mesti terima.Redha.

Jadi disni chik kemukan antara sebab dan alasan yang selalu meniti di bibir kaum adam apabila soalan mengapa lelaki suka beristeri banyak diajukan.Tetapi harus diingat bukan semua lelaki menjawab begini,hanya sesetangah.Alasan yang dorang bagi kadang2 menyakitkan hati.Antara sebab2nya :

  • Ikut sunnah rasulullah : Yang ni chik nak komen sikit.chik memang menyampah bila lelaki jawab macam ni.Bukannya sebab apa,cuma kau cakap pasal sunnah rasulullah.So, bila kau cakap pasal sunnah maknanya merangkumi semua aspek.Tak kira dari segi agama,harta,perangai dan semuanya.Lelaki bila nak kahwin banyak alasan ni lah paling kuat dan banyak dorang bagi.Lagi satu rasulullah kahwin dengan janda dan niat baginda untuk bantu mereka terutama yang banyak anak.Tapi kau kahwin dengan yang muda cun melecun,niat kau nak tayang sana sini.Tak payah cakap lah niat kau nak melindungi wanita tuh.Dusta semata mata.
  • Saya adil : Maybe kau adil dengan orang lain.Tapi dengan wife takda istilah adil.Mesti ada yang terkurang dan terlebih.Jari pon tak sama panjang kan.Jadi kalau nak kahwin kau mesti siapkan diri,jadi seadil yang boleh.
  • Lelaki nafsu ada 1,tapi macam 9 : Ini chik mengaku.Walaupun lelaki nafsu satu tetapi satu itu seperti ada 99 nafsu.
  • Duit aku cukup banyak : Maybe kau mampu dari segi kewangan.Yang ni tak tau nak komen sangat.
  • Allah benarkan,lagi dalam hukum pon tak salah : Memang Allah benarkan dan takda hukum islam yang cakap kahwin 4 salah.Dalam kahwin cukup pandai cakap bab hukum tapi bab hukum lain kau fail.Hakhak!
  • Nak elakkan maksiat : Statement nih chik sokong.Sebab apa kalau seorang isteri tak benarkan suaminya yang cukup syarat dalam berpoligami dan si suami itu melakukan maksiat,dosa akan ditanggung oleh si isteri itu sama.Kerana si suami boleh berkahwin lebih dari satu dan tujuan berkahwin mengelakkan zina.*yang ni tolong betulkan kalau chik salah,chik ilmu cetek*
Jadi secara konklusinya,lelaki punya pelbagai alasan mengapa mereka berkahwin lebih dari satu.Cuma kepada lelaki kalau nak bagi alasan mengapa kahwin banyak tuh cari lah yang elok2 sikit.Mungkin pada mata lelaki alasan yang diberi hanya perkara remeh,tapi anda kaum adam perlu tahu alasan yang diberi memungkinkan anda mendapat green light dari isteri untuk berpoligami.Memang payah seorang isteri nak bagi green light,tapi at least dia redha dan kurang terluka hatinya dari kau cakap abang kahwin lain sebab sayang dah hodoh,tua kerepot and dan bosan dengan sayang.

Chik tulis benda ni bukan tujuan mengutuk kaum lelaki apatah lagi meghina mereka.Chik menulis sekadar berkongsi pendapat dan pandangan.Kalau kau panas bila baca entry ni,Chik minta maaf.Niat menulis entry ini bukan untuk menaikkan kemarahan sapa2.

P/S : Penat tulis kahwin banyak.Padahal kalau aku guna word poligami lagi senang.Biarlah,malas nak edit dah.Hakhak!

No comments: