24 October 2013

mak bapak moden & mak bapak old skool

kadang2 bila baca status2 orang yang share info secara rancak dalam facebook--
boleh naik tersinggung juga.

nota2 tentang 'kaedah pendidikan paling betul', atau 'cara didikan salah', atau 'rupa2nya makanan ini merbahaya', dan sebagainya itu kadang2 bagi aku-- ada kalanya tak masuk akal.
ok.



aku faham kita semua ada satu desperation untuk menyebarkan awareness tentang gaya hidup. dalam ayat klisenya, 'merasa terpanggil' untuk memberitahu kebenaran.

soalan.
berapa sahih kebenaran yang sedang orang2 ini sebarkan?

aku cukup tersinggung bila kaedah2 ibubapa old skool dikecam sebagai tak sensitif pada pembesaran anak. aku sangat panas hati bila mak bapak kampung macam mak bapak aku dikatakan tidak prihatin pada otak anak.

aku bantah.

betul. mak bapak kita dulu2 tak ada fesbuk untuk kongsi2 ilmu. mak bapak kita dulu2 tak ada telefon untuk rujuk2 doktor persendirian. mak bapak kita dulu2 tak ada forum untuk ajukan soalan.

TAPI.
mak bapak kita TAK PARANOID macam mak bapak sekarang.

mak bapak kita dulu2 MUNGKIN tak faham konsep nutrisi, DHA, neuron bagai. tapi dia TAU bila anak dia sakit dan perlu ubat, macammana rupanya kalau ceria dan cergas sihat.

ye.
kita moden.
kita tau botol susu ini ada BPA.
tak mau pakai.

JANGANLAH hina mak bapak yang tak tau.
tak ada mak bapak YANG SAJE2 nak anak dia terencat akal.
gile ke?

bak kata abah,
mak bapak kalau tak peduli anak,
baik dari kecik dia cekik kasi mati.

hish.
aku sebenarnya lagi KASIHAN pada mak bapak moden yang paranoid ini. anak nak merangkak dipantau. nak main basikal dikepung. nak lompat2 tak kasi luka. nak guling2 diempang2.

apa budak tu nak belajar?
jangan tamak sangat dengan anak.
bagi dia belajar sakit.
bagi dia belajar jatuh.
bagi dia belajar payah.
 


bagi dia JADI orang susah.

*pause*

mak bapak aku belajar tak tinggi.
ilmu didik anak tak ada yang luar biasa.
masa kecik aku main kat longkang tak pakai selipar.
lutut aku berkali2 makan tar depan rumah.

aku tetap jadi orang.

dalam hidup ini--
PERCAYALAH--
all you need is love.

let go,
and let god.

kita buatlah macammana teguh empangan--
kalau hujan tak berhenti turun,
tak sampai seminggu, tetap melimpah.

semua itu--
kerja tuhan.

13 August 2013

Arjuna Beta


Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja...
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa...


Kan ada satu ketika... 
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul kekanda
Tak jelas mata...
Ambil yang sarat duri


Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada...
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Dinda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa...
Dinda memujukmu kekanda 



31 July 2013

Didalam jiwa , itu lah rasa

Ini kisah tentang seorang perempuan
Seorang gadis yang masa itu
Masih kecil dan perawan
Pejamkan mata dan bayangkan saja
Situasinya berada di dalam suatu tempat kecil
Terpuruk yang kau namakan jamban

Aku tidak tahu tentang kamu-kamu
Aku tidak tahu apa cerita kamu
Tapi ini cerita aku maka dengarkan
Ambil mata kamu dan paku

Dengar cerita aku di suatu masa
Ketika dahulu di suatu masa
Menangis sendiri di suatu masa
Tentang diri sendiri di suatu masa

Aku dibesarkan dimanja disayang
Aku dibesarkan dengan segala rasa
Aku dibesarkan dengan penuh cinta
Aku dibesarkan biasa saja

Ayah bonda, kenapa bohong?
Kenapa engkau hendak bohong?
Dulu dikata akulah raja puteri jelita
Sekalian rakyat jelata akan mencemburui jiwa aku
Tapi ayahbonda, dunia tidak mahukan jiwa aku
Yang dihendakkan cuma wajah dan rupa saja
Wahai ayahbonda, kenapa engkau bohong saya?

Aku dibesarkan sebagai seorang gadis
Yang

pendek, busuk, tak cerdik
Aku dikatakan orang
“Hey babi, kenapa engkau sangat jelik?”
Wahai ayahbonda, kenapa dibohong?
Aku ini bukan di sini
Tempat aku tak sepatutnya dibiarkan di luar pergi

Aku patut disimpan di suatu tempat
Di mana cuma ada ayah ibu
Di mana mereka kan sayang aku
Untuk siapa aku, untuk siapa aku
Bila aku keluar aku dikeji
Bila aku di luar aku dimaki
Kerana yang dimahukan cuma wajah rupa seri

Ayah bonda, kenapa bohong saya?
Ayah bonda, kenapa tak cerita?
Dunia tempat kejam, dunia macam-macam
Depa tak suka saya, depa tak cinta saya
Kenapa ayah? Kenapa bonda?
Tak dikhabarkan yang mereka-mereka
Yang tak sukakan siapa saya
Yang hendak dari dulu menjadi saya
Mereka semua hendak saya jadi cantik badan jelita
Tapi itu memang bukan saya, bukan saya, bukan saya

Maka apakah aku harus pergi?
Duduk di rumah dan terus mati?
Apakah aku tinggal di sini
Tak akan pergi, tak akan pergi

Dunia tempat kejam, dunia macam-macam
Tapi jangan sedar dengarkan semua kata mereka
Dunia tempat kejam, dunia macam-macam
Tapi janganlah engkau percaya kata mereka

Biar kita begini saja; buruk, kering, kecik, cantik
Biar saja diri kita; kecik, molek, hodoh, jelik
Siapa kita itu kita, cinta saja jiwa kita
Kalau mereka tak suka, pergi mampus tak apa
Tak apa, tak suka, tak apa

Ini sisa-sisa rasa
Rasa jiwa yang luka






29 June 2013

Genap 2 tahun pahit manis ,suka duka

Dulu...
hari-hari sunyi ku lalui tanpa nafas rindumu
hidup ini rasa hampa tanpa senyuman darimu
diri ini lemah tanpa jiwa kasih mu
langkah ku gelap tanpa lentera cintamu

Kini...
kau buat aku yakin untuk melangkah
kau beri aku segenggam harapan baru
kau warnai hariku dengan pelangi cintamu
kau hapus tangisku dengan hujan kasihmu

cinta adalah keikhlasan
cinta adalah keindahan
cinta adalah saling mengerti
dan cinta tak pernah salah
banyak sudah cerita antara kita..
tentang sedih juga bahagia ..
aku bahagia kau selalu ada
hingga kini kita masih bersama ..


wahai angin, sampaikan salam ku padanya
katakan bahwa aku sangat merindukannya
dalam setiap doa selalu ku sebut cinta untuknya
dan kuingin dia selalu mencintaiku, dimanapun dia berada




HAPPY ANNIVERSARY YANG KE-2 SAYANG ! 

ALHAMDULLILAH
Macam tak sangka je.. Pejam celik,pejam celik dah 2 tahun. macam-macam kami lalui bersama,tipu laa.. saya cakap sepanjang hubungan kami ni takde bertelingkah, salah faham , menangis , rajuk merajuk.tuh semua asam garam dalam hubungan, Apa yang penting ikhlas,jujur,percaya antara satu sama lain kan. takde semua tu tak best jugak kan , takde la adegan pujuk memujuk macam dalam drama TV3 kan.. hehe :)

Sejujurnya , apa yang saya rasa ialah saya sayang sangat cik pokwe tersayang nih.. saya harap perasaan tu akan kekal sehingga akhir hayat..cewahhhh...jiwangnyaaa!!! ^-^



16 February 2013

Kahwin Mesti Sepadan Kalau Taknak Anak Hodoh???


Assalam.Lama gila kan gwa menyepi dari dunia blog.Mesti ramai rindukan gwa.Keh3!Korang pernah dengar tak mitos pasal pasangan tak sepadan dan anak huduh?Kalau tak pernah mai sini aku nak habaq.Sila baca situasi ini untuk mudahkan proses pemahaman korang.

Situasi 1 :
A : Beb hang rasa aku patot pilih sapa?Abang C or abang D?
B : Ikot hang lah wei.Hang lagi cinta sapa?
A : Aku suka D sebab perangai dia baik kalau C dia punya perangai kurengg sikit.
B : Dah tuh pilih D ja lah.C dah hang tau dia tak baik.
A : Tapi D tuh muka dia kurengg lah.Aku nak anak jelitalawahensemkacak wei.Kalau ngan C konfem anak aku jelitakacaklawa.
B : errrr.. -..-

Situasi 2 :
X : kenapa u tinggalkan i sayang?
Y : Sebab u hitam,nanti anak kita akan jadi kelabu xpon latte.
X : Oke fineee!Pi lah kahwin dengan lelaki sama warna dengan u.Nanti anak u mesti cun cam hantu cina.
Y : errr.. -..-

Kenapa korang perlu fikirkan pasal hal yang sangat bodoh ni?Pernah ka korang tengok orang yang tak sama padan kahwin anak dorang jadi macam ni???




Takda kan??So,apa kisah haa?Bukanlah aku cakap nak kahwin tuh tak payah tengok rupa langsung,tapi tapi janganlah terlalu mengutuk dalam memilih.Bersyukur lah jika anak korang dilahirkan sempurna dan baik sikapnya even tak jelitakacak macam anak orang lain.Kalau muka jelitakacak tapi perangai macam haram tak guna kan.

Konklusinya jangan terlalu pentingkan rupa dalam proses memilih seorang sahabat atau pasangan kerana hati & sikap yang penting beb!!!Rupa tak bawa ke mana.


P/S : Sirius wei aku tak tau nak up entry apa dah.Sorie lah kalau entry ni tak best cam tenuk.Ohya gambar tu aku buat sendiri tau sebab tuh buruk.Keh3!
Thnk sebab baca.Jgn lupa drop komen sekali. =))