03 January 2012

Orang Hodoh Oi!!, Please Stay Away From Me!!

Assalammualaikum.
Korang pernah tak dengar ayat macam ni?Aku tak nak kahwin or kawan dengan kau sebab kau hodoh!Hodoh mengalahkan pintu jamban rumah aku.Jadi untuk siapa yang hodoh tolong jangan dekati aku.Aku cukup alergik n jijik dengan orang hodoh.Kalau ya korang wajib cekedout entry chik kali neyh.

Contoh golongan tersebut :
- orang yang rasa muka dorang cantik/hensem bak bidadari
- orang yang perasan dia paling cun/hensem di muka bumi ni *alien pon kalah*
- orang yang bajet hot + diva

Nasihat chik kalau korang bakal/pernah/sedang mengalami korang cakap ja Alhamdulillah.Pendapat chik dekat orang macam ni senang jak.

Bagi chik golongan neyh memang tak kan layan orang hodoh.Bagi dorang orang hodoh neyh sesuai dengan orang hodoh ja.Kiranya kalau berpasangan dengan dorang bagai kain buruk dengan sutera lah kan.Puihhh!Blah la wei.Kau ingat dengan muka cantik neyh boleh bawak sampai ke mati ka??Kau ingat dengan muka cun melecun boleh bagi bahagia??Kau ingat dengan muka hensem boleh buat duit??*oke yang neyh boleh sebab kot jadi model*Nyah la kau dengan alasan bodoh.

 wahai cantik2 dan hensem2 sekalian,sekalipun kau nak kahwin dengan orang sama taraf dengan kau kahwin lah.Lantak kau lah!Kahwin bukan KAWAN.TAPI jangan kau hina orang yang hodoh!Apa kau ingat dengan kecantikan/kehenseman kau tuh belum tentu kau mulia disisi Allah.Ya kau mungkin mulia,disanjung di dunia ni,tapi kau ingat di akhirat bukan kecantikan/kehenseman yang jadi ukuran.

Lagi satu kau jangan bangga sangat lah dengan nikmat yang Allah bagi dekat kau tuh!Sebab dalam satu saat ja Allah boleh tarik nikmat tuh.Kau jalan2 tetiba jatuh longkang muka tertoreh besi,dah tak cun muka kau.Jadilah kau sebahagian dari hodoh2 yang kau hina caci dulu.Hanya satu ucapan dari chik P-A-D-A-N M-U-K-A!!!

Ya!Memang semua orang kalau boleh nak kahwin dengan orang cun/hensem.Tak payah nak nafikan.Ada ka orang cakap bila besar nanti aku nak kahwin dengan orang hodoh.Paling2 pon orang akan cakap saya tak kisah rupa janji hati baik.Tapi adakah rupa yang tak kisah tuh dalam hati kata rupa macam alien pon takpa.Takda kan.Chik pon sama nak yang hensem.Tapi beragak lah wei.Kalau taknak sekalipun jangan kau hina orang hodoh.

Kesimpulannya,jangan kita hina orang hodoh.Mungkin dia hodoh di sisi manusia tapi di sisi Allah dia cun/hensem.Ya!Tak dinafikan semua orang nak kalau boleh orang segak,tapi biar hati kita ja lah yang tau.Untuk yang hensem/cun bersyukur lah,untuk yang hodoh jangan sedih dan kuatkan hati andai pernah dilemparkan kat2 diatas kerana Allah dah cakap [Aku ciptakan manusia adalah sebaik2 & seindah2 makhluk di muka bumi ini] .Jadi bersyukur kerana korang bukan tenuk,gorilla mahupun anai2. 


P/S :Masa jahiliah chik dulu,asal chik suka mesti muka hensem,tp sekarang tak lagi sbb chik kenal ramai orang tak hensem tapi hati baik!Baru chik faham kenapa pengantin pasangannya tak sehensem/secantik dirinya :gitar

No comments: