29 December 2011

MENILAI ORANG


Lumrah kehidupan manusia tipikal untuk menilai seseorang
 tanpa betul2 mengetahui cerita sebenar

"DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER"
memang memberi makna yang dalam dulunya,
tapi bukan sekarang.

Ramai yang menggunakan ungkapan itu sekadar 
untuk nampak berilmu 'kotnonnya'
Ramai yang tahu makna pepatah tu secara teori,
tapi tak faham atau tak pernah nak faham mesej yang dibawa.
Tahu Teori Tapi Tak Pass Praktikal.

chik bagi contoh lain
tengok jela budak-budak sekarang.
Especially budak sekolah yang dah nak PMR SPM tu,
bagi la soalan apa pun berkaitan dengan tajuk dalam buku teks ,
Semua terer je jawab ,yang tu teori boleh la.

Try tunjuk pulak berapa ramai yang 
Mempraktikan
apa yang dia tahu tu?
contoh paling senang pakai tudung dengan mencarut dalam perbualan seharian

Tahu dosa ,tapi buat jugak
Boleh kira berapa kali korang sebut ALLAH?
Berapa kali korang selawat keatas Rasul
Then bandingkan berapa kali korang mencarut 1hari?

itu yang chik maksudkan dengan
"tahu teori tapi fail praktikal!"

okey balik pada tajuk
menilai seseorang tanpa mengetahui situasi sebenar 
jangan la cakap tak pernah buat centu,
sekali dua mesti ada punya member2 open table
carite pasal "budak ni" or "budak tu"

Cerita yang dia tu teruk la,tak boleh pakai bla3 kan.
korang plak tak kenal budak yang dia cerita
so apa member kau cerita kau percaya je.
Tak rasa kau BODOH macam tu ?.. -.-

Kalau layankan je tu takpe la 
nak jaga hati member punye pasal
tapi tak payah la percaya sangat
sampai timbul macam perasaan racist
pada mangsa yang dicerita tu.

Entah2 member korang tengah sakit hati dengan budak tu ke,
entah2 member korang pun tak tahu apa cerita sebenar,
dia pun dengar2 orang cerita jer -.-'

lagi sekali chik bagi contoh :

SENARIO A :

MR A: kau nampak orang tua yang muke parut macam sial tu ?
MR B: Nampak pehal?
MR A: Dia tu muka dah la buruk,jalan lembab terketaq2 aku rasa dah banyak dadah dlm badan dia tu
MR B: Aku pun rasa macam tu gak serabut aku tengok orang tua tu.

 situasi sebenar :
pakcik yang mereka katakan sebenarnya adalah bekas perjuang kemerdekaan,muka dia berparut masa berlawan dengan tentera jepun untuk mempertahankan negara,mempertahankan bangsa.Supaya anak2 yang bakal lahir tidak dijajah,tidak dijadikan kuli,tidak dipijak.


SENARIO B :
PELAJAR 1 :Aku menyampah gila la sial dangan 'mamat' nih . Dah la busuk!datang sekolah baju tak reti nak gosok.entah basuh baju entah tidak.Macam mana la mak bapak dia bela dia nih.Entah2 budak ni anak haram.dah la datang sekolah pun tido jer! -.-

situasi sebenar :
mamat yang dia cakap tu sebenarnya anak sulung dalam keluarga.ayah dah lama meninggal,mak dia sedang sakit.Tiap kali habis sekolah dia pergi jalan dari pagi sampai malam dok kutip tin tepi jalan,tepi tong sampah utk pergi jual.Untuk beli makanan adik dengan mak dia.Air,elektrik kena potong dah sebab tak mampu nak bayar bil.
mamat tu yang jaga adik beradik dia. mamat tu yang cari duit untuk adik dia belajar.

Nampak sekarang apa yang chik nak cakap!
Ey come on la jangan racist sangat dengan orang weyh.
kalau SETAKAT HIDUP KAU LAGI SENANG,
lagi mewah,lagi sempurna dari diorang

tak kisahlah diorang
bangsa apa,agama apa.
Jangan la macam tu
kita pandang dari aspek manusia,
kita manusia,dia manusia jugak.
kita sama2 hidup kat dunia ni tolong menolong la.

kalau ye pun korang tahu dia tu jahat
kes gaduh,kes buli,kes samun
jangan la kau pulaukan dia terus.

KAU INGAT DIA NAK KE JADI MACAM TU?
kau ingat dia jadi jahat sebab 
dia dilahirkan memang nak jadi macam tu?

kau ingat orang jahat nak ke dia jadi orang jahat?
orang yang terlanjur yang nak buat macam tu sebenarnya
DAH SALAH BUAT PILIHAN,SALAH PILIH JALAN

so mana korang yang masih berada dijalan yang lurus?
"kotnonnya"
ni punya peranan?tanggungjawab?
jangan tahu mengata orang jer tapi usaha nak bantu bangsa sendiri takde.

jangan dengar cakap2 orang sangat
JANGAN JADI LALANG BOLEH?
lebih elok diri sendiri pergi tanya sendiri
pada tuan badan apa cerita sebenarnya.
jangan serkap jarang je.

ni la melayu sekarang
peribahasa punya belambak
tapi semua cuma tahu sebut,tak tahu amalkan.

Chik kesian tengok orang2 yang ketegori bermasalah 'kononnya' ni
macam takde peluang nak bela diri,takde peluang nak bersuara.

Luahan diorang,suara diorang orang tak ambil peduli,
ORANG TAK AMBIL KISAH
masing2 sibuk dengan hal masing2
semua orang sibuk nak tunjuk kat orang yang masing2  ni orang baik.
sampai macam sekali buat jahat,selamanya jahat.

Orang sekarang sibuk
NAK ORANG LAIN IKUT CAKAP DIA,
TAPI TAK PERNAH NAK MENDENGAR  CAKAP ORANG LAIN.
yelah,sekarang boleh la buat macam tu,
suatu hari nanti terkena kat batang hidung sendiri,
mungkin korang tahu apa rasanya bila dikategori orang yang bermasalah.

Chik pernah berada ditempat tu
SO CHIK TAHU.

menilai seseorang bukan dari segi
luaran,fizikal,pakaian,jenama,aset,tapi
HATI

After all,hati yang menetukan sama ada korang ni jadi bintang atau binatang.
bagi peluang orang bersuara,dengar suara diorang.
baru orang dengar suara kita

SEKADAR BERI PENDAPAT.SORRY KALAU ADA SALAH SILAP DALAM ENTRY NIH. :)






No comments: