19 May 2012

CINTA, SUKA, SAYANG, MINAT !


            Opocot.. Sapa pi letak batu dekat keyboard chik ni ! Adehhhh.. tergeliat idung chik ! Haha.. Nampak benor nipunyer, mana boleh jari yang tersadung batu, hidung pulak tergeliat ! Ehh.. Boleh woo ! Di dunia sengal ni semua pasti boleh ! hehe..


            Ehemmm.. Testing suara jap ! Elloooo ! Haaa.. Pagi pagi cenggini kan, chik nak share satu benda jiwang jiwang sikit. Hopefully korang turut sama mulai menanam taman di dalam hati okeh kerna dikhuatiri jika tiada taman, masakan kumbang nan sekor tu terlepas? Erkkk .. Ahhh, abaikan fatamorgana tersebut sebab chik nak share kan makna SUKA, MINAT, SAYANG dan CINTA . Eh, apsal tiba tiba lagu jiwang kedengaran ni. Haha.


             Bagi mereka yang dok tangkap leleh, tangkap lentok, tangkap rama rama, tangkap semut dan juga tak dilupakan duk buat origami tu kan. Conform la tau kan semua benda ni, tapi tau tak yang ia amat berbeza woo.. Hehe.. Dengan sumber dari SINI , aku mempersembahkan makna makna depa ni.. Layannn !




  • Cinta 
    •  Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
      (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

  • Sayang 
    •  Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. 
      (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

  • Suka 
    •  Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…
      (dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya gusi atau rahang kita dah nak pecah…)

  • Minat 
    •  Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan )




          Well well west, kesimpulan dia  mudah je, ekceli kan, hasil combination dari semua benda kat atas tu yang memeriahkan kisah cinta seseorang. Hehe.. Ditambah pulak dengan gaduh gaduh dan krisis serta genjatan senjata, ia buatkan CINTA itu lebih bermakna dan terkesan dalam hati ! So.. Akhir kata dari chik yang nak ready gi amik anak buah chik balik sekolah ni, kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya yang terbaik untuk kita ! Chow sin chi !!!


No comments: